Wednesday, June 15, 2011

Fatwa Mengarut pasal DSLR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Di sini saya nak kongsi beberapa fatwa sesat yg telah saya dengar drpd pelbagai golongan photographer.

1. Jangan guna kitlens utk shoot macro, nanti lens boleh rosak. Kita mesti guna lens macro utk shoot macro
Hebat! Lens tu sgt intelligent sampai dia boleh tau kita tgh shoot apa. Gila kentang!

2. Bila gambar gelap je, naikkan ISO - sifu Bulb
Usik la shutter speed & aperture dulu bang. Unless kalau mmg nak efek grain/noise, boleh lah.

3. 4. Gambar bunga pd dial kamera adalah utk digunakan bila kita masuk hutan - sifu Bulb
Gambar bunga tu digunakan kalau kita nak shoot macro atau close up la. Ape plak kena mengena dgn hutan?

4. Jenama 3rd party (Tamron, Sigma, Tokina) tak bagus, cepat rosak. Gunakan brand yg original utk lens dan flash, baru tahan lama dan gambar lebih lawa- group jurufoto Facebook
Dlm group di facebook, group Jurufoto, ada 1 guy ni post, lens sigma dia rosak, dia tanya nak hantar repair kat mana since lens tu dah tamat warranty.

Then dgn confident nya ada la mamat lain reply;

"Lain kali jgn beli 3rd party, cepat rosak. Beli brand yg original, baru la tahan lama"
Kalaulah 3rd party brand tu tak bagus dan cpt rosak, camne diorang boleh bertahan lama dlm industri?
Guna brand original, gambar lebih lawa? Ha ni sape ajar nih?
Setiap brand, coating lain-lain. Lawa tak lawa tu pulak subjektif pd yg melihat.
Andaikata saya upload 2 gambar yg sama, tp menggunakan lens yg berbeza, 1 original (Nikkor/Canon) dan 1 lg 3rd party, boleh ke dgn mata kasar anda tu, anda jwb gambar tu diambil guna lens apa? Boleh?

Just because anda ada bad experience dgn 3rd party brand pd 1 masa dulu, anda tak boleh buat kesimpulan mcm tu.

5. 14MP compact camera lebih power drpd 10MP DSLR - sifu Bulb
Lebih power camne tu? Ce cite ce cite
Megapixel utk kamera compact tak boleh di compare dgn DSLR, kerana masing-masing mempunyai saiz sensor yg berbeza.

Sepertimana DSLR 12MP APS-C dgn DSLR 12MP Full Frame, walaupun sama-sama 12MP, tp disebabkan full frame mempunyai saiz sensor yg lebih besar, so lebih detail, tak sama dgn APS-C.

6. Makin tinggi megapixel, gambar makin sharp
Fatwa ni antara yg terfeymes. Ramai berpendapat semakin tinggi MP, gambar semakin sharp.
MP (megapixel) hanya berperanan dlm menentukan saiz gambar.
Semakin tnggi MP, semakin besar saiz/resolution gambar tersebut, TAPI semakin besar tak bermakna ia semakin sharp.
MP yg tinggi berguna jika anda nak crop gambar tu tanpa nmpk pecah/pixellated.
Sharp atau tak, depends pn lens yg digunakan - focal length, bukaan aperture, serta setting dlm kamera utk sharpness.

Kalau guna kamera 800MP sekalipun, lps tu guna lens 50mm F1.8 pd aperture f/1.8, soft jugak gambar tu.

7. Pro ramai guna Nikon. Canon tak bagus, sbb dia baru masuk industri kamera
Brand war adalah debat yg takkan setel sampai kiamat.
Statement yg datang drpd fanboy Nikon. Dia kata dah guna Nikon 10 tahun, sejak zmn filem lagi.
Then dia kata ramai pro guna Nikon sbb Canon ni baru je menceburi industri kamera.
SERIOUSLY?? Canon baru dlm industri kamera???
Ye ke pro byk guna Nikon? Semua brand sama-sama fight la. Statistik mana yg tunjuk pro byk guna Nikon, meh kasi tunjuk sama saya.

8. Lens prime 35mm F2.8 ketinggalan zaman, tak bagus. Skrg org gunakan kitlens 18-55 - sifu Bulb
35mm F2.8 tak bagus? Hoih, tu antara wide lens terhebat masa zaman full-frame analog, dgn hasil yg sgt sharp dan distortion yg sgt minimal.
Lps tu, bila kita nak compare something, biar ada genre. Bagus/tak bagus dari segi apa, bukan main belasah je ckp bagus/tak bagus.
Contoh - Lens 300mm F2.8 bagus utk sport, tp tak bagus utk shoot indoor wedding

9. Shutter speed memainkan peranan dlm penghasilan bokeh
Apa plak kena mengena dgn shutter speed nih?

Bokeh ialah hasil drpd DOF yg sempit, yg mana disebabkan oleh aperture.

10. Kalau lens tu takde VR/IS, gambar confirm blur sbb gegar
Kalau mcm tu, org-org lama yg guna lens without VR/IS tu semua gambar gegar la?

VR/IS tu mechanism utk MENGURANGKAN risiko gegaran, bkn MENGHILANGKAN

11. Kamera akan cpt rosak kalau selalu tukar lens
Kalau fatwa ni betul, dah lama dah kamera saya jahanam.
Kalau kita ni jenis yg gelojoh, jgn kata tukar lens, masa tukar bateri atau memori kad tu pn boleh menyebabkan kamera rosak.

12. Org yg gantung DSLR kat leher tu nmpk cool!
Premis 1: Wujud kaum Hawa yg suka tgk photographer.
Premis 2: Kaum Adam sukakan kaum Hawa.
Kesimpulan: Maka wujudlah kaum Adam yg beli DSLR semata-mata utk menampakkan diri mereka tu photographer supaya disukai oleh kaum Hawa.

PS - aku selalu gak gantung DSLR, takde gurl approach pun :(

13. "Gambar saya tak lawa sbb original, tak edit"
Biasa jwpn ni diberi oleh budak baru yg tak reti edit dan gambar tak lawa.
Bila org kritik/komen skit, ha tu lah jwpnnya.

Persoalannya, kalau edit, confirm lawa ke gambar tu?

14. Kalau guna DSLR, gambar confirm cun!
Means in contrary, kalau guna kamera selain DSLR, gambar confirm tak cun la?
SKILL + KNOWLEDGE la bang. Sendiri mau ingat.

15. Penggunaan filter dpt menghalang penumbuhan fungus
Filter - efek (CPL, ND, Color Filter), melindungi elemen hadapan lens
Fungus - tumbuh disebabkan kelembapan yg tinggi
So, mcm mana plak penumbuhan fungus yg disebabkan oleh kelembapan tu boleh dihalang dgn memakai filter yg tujuannya takde kena mengena langsung dgn kelembapan?

16. Bokeh itu BULB - sifu bulb
Aku - "Bokeh tu ape eh?"
Sifu bulb - "Bokeh? Oh, ni bokeh" (sambil menunjukkan setting shutter speed BULB pd kamera beliau)
Aku - "Erk? Ye ke? Mcm langsung takde kaitan je"
Sifu Bulb - "Betul la bokeh tu bulb. Aku tak tau la fakulti kau ajar guna term apa, tp fakulti aku guna bulb"

17. Kamera akan cepat rosak kalau selalu guna format RAW
Ni pun takleh blah gak. Meh saya story skit mcm mana penghasilan gambar itu berlaku, dari saat anda menekan shutter sampailah gambar tu disimpan dlm memori kad. Jika saya salah, tolong betulkan.

Setiap kali gambar diambil, originally formatnya adalah RAW (tanpa sebarang pemprosesan)
Kemudian, kamera akan check setting kita, sama ada kita pilih RAW atau JPEG
Jika kita pilih format RAW, maka gambar RAW itu tak akan diproses apa-apa, terus disimpan dlm m.kad
Jika kita pilih format JPEG, gambar RAW kita td akan dimasak mengikut 'ramuan' megapixel, sharpness, contrast, saturation etc etc, then disimpan dlm format JPEG di dlm m.kad
So technically, setiap snap, jadi ke tak jadi, OE ke UE, blur ke sharp, adalah RAW.
Dan dari RAW lah ia jadi JPEG. Bahan mentah (RAW) mesti wujud dulu, barulah ada makanannya (JPEG).

Kalaulah fatwa ni betul, means mmg kamera kita confirm akan rosaklah!

18. Gambar Canon lebih sharp drpd Nikon (salah 1 drpd cabang Brand War)

Awak, awak guna Canon & prime 50mm, lepas tu compare sharpness dgn Nikon & kitlens 1855, hilang akal ke apa?

Plus, berapa sharp ko nak? Sampai luka mata tgk gambar ke?

Dah teracun dgn Canon punya 'sharpness', dia pun jumpshiplah ke canon.
Lepas tu bising gambar tak sharp mcm member, sbb guna kitlens je.

Lain kali kalau nak compare, sama-sama la body APS-C/FX, guna lens yg sama, baru fight.

Kalau korang masih nak fight mana bagus antara Nikon ke Canon ke kamera enset ke ape ke, lantak koranglah.


Kami photographer yg bertauliah ni kerja kami senang je - we let our pictures do the talking.

19. Lens 70-200 F2.8 lebih sharp drpd kitlens 18-55

Ok, first of all, its a stupid comparison.

Kitlens ialah antara lens termurah dan termudah yg kita dpt masa beli DSLR.
While lens 70-200 F2.8 pulak adalah portrait/wildlife/sport lens yg berharga at least RM4000 (3rd party) dan RM6000 ke atas (original manufacturer).

Range pulak tak sama: 1855 covers landscape and mid-range zoom, 70-200 pulak cover telephoto zoom.

So, kedua-dua lens ni mmg tak boleh nak dicompare, sbb range, kegunaan, harga, semua tak sama langsung.

2nd, komen ni berlaku pd gambar landscape. Bukan niat nak mengutuk mereka yg ada lens 70-200, tapi kalau korang rasa betul-betul hebat sgt dgn lens yg besar bagak tu, mai kita outing landscape, aku bwk kitlens, kau bwk 70-200, ok?

Duh, kalau ye pun nak kutuk kitlens, compare la dgn lens yg sama range, mcm Tamron 17-50mm F2.8 ke, Sigma 18-50mm F2.8 ke. Ada pergi compare senapang gajah dgn pistol air.

Tambahan: majority gambar aku diambil guna kitlens. Kalau korang rasa kitlens tak sharp, tu bkn salah kitlens, tu salah diri sendiri yg masih belum mahir dlm asas photography. Jgn asyik nak salahkan tools je. Practice makes perfect.

20. Mode BULB boleh merosakkan lens

A'ah, especially jika lens tu tiada VR/IS, dan itu wide lens, ia akan cpt rosak jika mode Bulb digunakan.

WAKLUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!

Dey, bulb tu shutter speed dlm body kamera. Apehal boleh kasi lens rosak lak?
If sensor rosak tu mcm logik la sikit, sbb jika mode Bulb tu lama sgt, sensor boleh jadi terlalu panas, tapi kemungkinan ini sgt jarang berlaku.

21. Guna ISO tinggi boleh buat kamera rosak

Ish, semua benda boleh buat kamera rosak. Jgn main kamera lah!

Sumber: Ejad Foto